Wednesday, April 21, 2010

Ya itulah persoalan yang bermain dibenak saya sejak semalam. Ini adalah kerana pada setiap kali pilihanraya kecil, pastinya ada umpanan yang menarik disediakan oleh BN untuk para pengundi disesuatu kawasan pilihanraya itu.


Tanpa umpanan projek-projek mega, tanpa umpanan projek khidmat bakti segera, untuk menolong membaiki atap, paip bocor, longkang tersumbat, dan sebagainya tanpa pemberian peruntukan itu-ini, tanpa penyampaian hadiah keputusan cemerlang UPSR, PMR, SPM dan lain-lain program maka akan terasalah kekurangan persediaan BN untuk menghadapi pilihanraya itu.

emalam semasa semang-sembang kedai kopi, saya bertanyakan beberapa orang pemuda sejauh manakah pembangunan yang dijanjikan di Manik Urai oleh BN telah dilakukan? Jawabnya, oh pembangunan yang dilakukan oleh BN itu begitu hebat sekali, sesuai dengan gelaran yang diberikan selama ini kepada BN yang hanya pandai berjanji semasa pilihanraya, kalau dapat dilaksanakan semasa pilihanraya itu, maka beruntunglah rakyat setempat, tetapi kalau selepas pilihanraya, macam biasalah janganlah harap. Apa-pun tarak!


Katanya lagi, datanglah sendiri ke kawasan Manik Urai untuk memastikan kata-katanya itu betul atau pun tidak.


Seterusnya beliau menjangkakan dalam PRK Hulu Selangor ni, BN akan mencapai kemenangan besar. Yalah kerana semua orang kelabu mata, pendek akal fikiran kalau duit dah ada depan mata dan banyak pula nilainya. Hanya pejuang sejati, pejuang yang cekal sahaja tidak akan tersungkur, tidak akan rebah dengan sogokan duit yang banyak.


Katanya kalau di Manik Urai dulu, setiap pengundi diumpan sebanyak RM1000 seorang hanya untuk BN memenangi DUN. Maka tentunya untuk memenangi kawasan parlimen Hulu Selangor, adalah dijangkakan setiap pengundi akan disogok sebanyak RM2000 seorang. Kalau tidak diberikan pula, jawabnya pengundi-pengundi akan lari mengundi pembangkang. Ya lah sebagi pengundi-pengundi tentunya mereka tentu mengharapkan BN menghulurkan umpan yang biasanya diberikan ditempat lain, takkan di Hulu Selangor ni tak diberikan pula?


Harapan mereka untuk mendapatkan WANG BESAR, WANG BESAR tentulah berdasarkan perkembangan semasa yang menarik, yang mana begitu banyak, begitu ramai orang-orang besar parti PKR melompat parti meninggalkan PKR dan memasukki UMNO. ada Ketua wanita PKR, ada doktor peribadi pucuk pimpinan PKR, ada ADUN PKR dan bermacam-macam lagi aktiviti lompat melompat.


Jadi melihatkan begitu galaknya senario lompat melompat pemimpin-pemimpin PKR untuk menyertai BN, maka rakyat mesti tertanya-tanya berapakah harga yang dibayar kepada mereka yang berkenaan untuk melompat tu.


Eh, kalau mereka pemimpin-pemimpin PKR lompat tu harganya mestilah tinggi. Kita sebagai pengundi pun ada harganya juga tahu. Berapakah pula harga kita untuk mengundi BN? RM2000 cukup kot? kalau BN bayar bolehlah kita undi BN! kalau tidak, kita tak payahlah undi BN kita tak rugi apa-apa pun. Kita pun ada harga tau. Tungu dan lihat, BN bayar tak undi kita. Berbaloi tak bayaran yang dibuatnya kepada kita?


Hai beruntungnya orang-orang Hulu Selangor tu. Setiap undi anda amatlah berharga dan harganya begitu tinggi bayarannya dibayar oleh BN. Patutlah ada orang yang beria-ia sangat nak jadi calun bebas! rupanya-rupanya untuk memastikan BN ditentang dan sekiranya calun BN itu tak hendak ditentang, dapatlah sedikit habuannya untuk menarik diri dan BN pula mendapat sedikit extra mileage dalam pilihanraya itu.


Kesiannya BN, sudah sampai kesitu tanggapan dan harapan pengundi-pengundi kepada BN. Kenapa jadi macam ni? Betulkah bayaran itu dilakukan oleh BN dalam PRK-PRK sebelum ni ataupun ianya harga yang diletakkan oleh rakyat untuk mengundi BN?


Kalaulah rakyat meletakkan harga itu untuk mengundi BN, ianya mungkin ada kaitan dengan precedent yang dimulakan oleh BN sebelum ini ditempat-tempat lain. Mungkin ianya ada kaitan dengan program "jom balik kampung, undi BN" atau mungkinkah ianya ada kaitan dengan rakyat melihat para pemimpin BN rata-ratanya memilikki kereta mewah, rumah besar bagaikan istana, lagak bagaikan putera raja dan sebagainya.


Ianya mungkin juga ada kaitan dengan keupayaan pemimpin-pemimpin BN mendapat projek-projek mega membina stadium, hospital, jalanraya, pembinaan lebuh raya, pemilikkan saham dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, keuntungan penjualan pasir ke Singapura, Pengedalian Pelabuhan Kelang dan lain-lain. Maklumlah rakyat hari ni memilikki peralatan canggih untuk mengetahui dan menyampaikan sesama mereka maklumat terkini. Mungkin dengan itu mereka ingin dapatkan sebahagian kecil apa yang dimilikki oleh pemimpin-pemimpin BN.


Mungkin itu, mungkin ini, hanya rakyat sahaja yang lebih mengetahuinya. maklumlah bilangannya ramai menyebabkan mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Tentang andaian yang dibuat oleh rakyat sana sini, tak tahulah entahkan betul, entahkan tidak, fikir-fikirkanlah sendiri dan buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda dan negara anda.



NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

205 pelajar jadi mangsa kempen BN
Aziz Muda

HULU SELANGOR, 22 April: 205 dari 414 lepasan SPM di sini tahun lalu, bersama ibu bapa masing-masing, yang memohon untuk menyambung pelajaran ke politeknik di seluruh negara tahun ini telah menjadi mangsa kempen Umno-BN, sempena pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, semalam.

Untuk mendapatkan surat tawaran kemasukan ke politeknik bagi pengajian peringkat diploma, mereka dipaksa berkumpul di Kolej Komuniti Hulu Selangor yang terletak di Batang Kali dan menghabiskan masa sehari dari jam 9 pagi hingga 4 petang di kolej tersebut.


Meskipun pelajar-pelajar terbabit terdiri daripada mereka yang sememangnya berkelayakan, setelah dilulus tapis permohonan yang dikemukakan menerusi on-line sebaik menerima keputusan SPM tahun lalu, mereka tetap juga diminta hadir dan berkumpul di kolej itu bagi menjayakan program yang telah dirancang oleh pihak Umno-BN bersama pentadbiran institusi itu.


Pada hal penyerahan surat tersebut, seperti yang lazim dilakukan oleh politeknik sebelum ini, tidak pernah dilakukan menerusi majlis khas seperti itu. Sebaliknya, ia hanya dihantar oleh pihak pentadbiran politeknik menerusi pos sahaja ke rumah-rumah pelajar terbabit.


Justeru menerusi 'Program Sehari Politeknik KPT Bersama Rakyat Parlimen Hulu Selangor' bagi acara Penyerahan Surat Pra-tawaran Kemasukan Ke Politeknik itu, jelas membuktikan program tersebut mempunyai muslihat politik yang ketara oleh pihak Umno-BN bagi meraih undi para pengundi di Hulu Selangor, walaupun terpaksa memperalatkan para pelajar dan ibu bapa.


Lebih ketara lagi apabila program itu juga turut melibatkan Menteri Pengajian Tinggi sendiri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut memperuntukkan sekitar dua jam dari masa kempennya di Hulu Selangor untuk menyampaikan surat tawaran itu kepada pelajar-pelajar terbabit, sebelum disambung oleh pihak pentadbiran politeknik.


Bagaimanapun, daripada 441 pemohon yang dipanggil untuk mengambil surat tawaran itu, hanya 205 sahaja yang hadir. Mereka yang hadir dijamin akan diterima masuk ke institusi itu, manakala nasib mereka yang tidak hadir tidak pula diketahui selepas ini.

Sempena majlis itu, Datuk Khalid turut menyampaikan sumbangan yang disumbangkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 50 pelajar miskin yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India di Hulu Selangor yang menuntut di tingkatan satu hingga empat, berupa kemasukan RM150 sebulan ke akaun pelajar-pelajar terbabit menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).


Daripada 50 pelajar terpilih untuk menerima sumbangan tersebut, jumlah besarnya terdiri daripada pelajar-pelajar kaum India.

Mengikut bancian yang dilakukan oleh pakar-pakar strategi PKR dan BN sehingga ke hari ini, Zaid mendapat sokongan yang jauh lebih besar berbanding Kamalanathan terutama daripada kaum Cina dan India.

Oleh itu, pemilihan terhadap pelajar dari kaum India yang jauh lebih besar berbanding kaum lain untuk menerima sumbangan itu turut dilihat sebagai salah satu unsur kempen oleh pihak BN untuk meraih undi kaum undi terhadap calon BN.


Lebih jauh dari itu, jumlah pelajar miskin di Hulu Selangor jauh lebih besar jumlahnya berbanding jumlah yang dipilih untuk menerima sumbangan itu. Persoalanya kenapa jumlah penerimanya dihadkan? Mungkinkah ianya satu percubaan untuk menunjukkan kepada komuniti keturunan India yang BN mengambil berat masalah kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat berkenaan?


Jadi pemilihan ke atas kaum India yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding orang Melayu untuk menerima sumbangan itu turut menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi ia disampaikan ketika kempen pilihanraya.


No comments:

Post a Comment